Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 25 August 2012

Selamat Menyambut Hari Kemenangan ~~~

"Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Ku berdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati"

Wah, dah raye ke tujuh baru dapat post entri Hari Raye... hihihihhihi ~~
Raye tahun ni giliran kampung mak aku kat Terengganu...
Beraye di pantai timur aku tahun ni... hihihihihi ~~~
Nak cite sikit beraye kat pantai timur ni, lau kt kampung aku.... Lau Syawal tu 30 hari, 30 hari la orang datang rumah beraye... Bagi lelaki lak, dieorang akan pakai baju melayu lengkap dari pagi sampai la ke malam... Kadang-kadang sambung tuk keesokkan harinyer.... Selagi namenyer hari raye la katekan...

Tapi kt kampung mak aku, hari raye pertama dan kedua je yang meriah... Raye ketiga orang dah tak beraye dah, masing-masing dah duk rumah ngadap tv.... Lelaki lak, akan pakai baju melayu tu tahan tuk solat sunat raye je balik dari solat terus tukar baju t-shirt... Baju melayu pun tak sempat nak hilang bau kedai, dah simpan tuk tahun depan....

Tu la serbe sikit kelainan kedua kampung aku, bagi aku ni tu dah jadi kebiasaan... Sebab tu aku tak heran kalau mak aku nak beraye kat kampung die tuk raye pertama dan kedua... Sebab kat rumah aku raye ketiga still meriah lagi.... sorry mak... hihihihihi ~~~

Selepas je solat sunat Aidilfitri, tibe la mase tuk bermaaf-maafan.... Family aku still lagi mengamalkan duduk beramai-ramai dan salam-salaman.. Bermula dengan kakak paling sulung dan last sekali baru la adik yang bongsu... Dulu time semua bujang-bujang upacara salam-salam ni sekejap je... Sekarang semue dah kahwin, upacara tu jadi lame lak, bayangkan kalau seorang makan masa 10 min, bile dah 12 orang?? tak ke jadi 2 jam?? Bile dapat makan.... hihihihihi ~~~

Aku tengah memohon ampun dan maaf dengan my mother... Sempat gelak2 pastu nangis.... hukhukhuk~~~
Tahun ni juadah hari raye pertama nasi beriani, rendang itik dan rendang ayam buatan makcik, adik kepada mak aku.... Aku pun tak sempat nak jamah juadah tu sebab aku dah mentekedarah rumah makcik aku sorang lagi, ade satey ayam, kuah kacang dan nasi impit.... favorite tuh, hihihihihi ~~~~

Sempat bergambar di meja makan.... with kakaks ipar dan siblings....
Psst :  Tidak terlambat kiranyer,aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemenangan umat Islam... Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Dan di kesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf too all bloggers, friends and stalkers... hahahahaha ~~~~ 
Semoga korang bergembira di hari raya, lupe seketika luka dan duka.....

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com